'Sempat kau cabul bini orang...' - anggota polis ditahan kes cabul

'Sempat kau cabul bini orang...' - anggota polis ditahan kes cabul - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Sempat kau cabul bini orang...' - anggota polis ditahan kes cabul, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Sempat kau cabul bini orang...' - anggota polis ditahan kes cabul
Link Artikel/Video : 'Sempat kau cabul bini orang...' - anggota polis ditahan kes cabul

Baca juga


'Sempat kau cabul bini orang...' - anggota polis ditahan kes cabul

SEORANG anggota polis ditahan selepas didakwa mencabul isteri kepada anggota polis lain di sebuah rumah di kuarters polis di Semporna, kelmarin.

Suspek berusia 33 tahun ditahan di rumahnya di kuarters sama beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Sumber memberitahu, wanita berusia 27 tahun itu adalah peniaga makanan secara tempahan dan sebelum kejadian itu, suspek dikatakan ada menempah makanan daripada mangsa.

“Suspek datang ke rumah mangsa kira-kira jam 11 malam untuk mengambil makanan yang ditempahnya sebelum mencabul wanita itu.

“Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama dua anaknya yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Suspek ditahan pada hari yang sama selepas mangsa membuat laporan polis. Kita masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul.

Sumber HM