PDRM umum 17 pertukaran pegawai kanan

PDRM umum 17 pertukaran pegawai kanan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk PDRM umum 17 pertukaran pegawai kanan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : PDRM umum 17 pertukaran pegawai kanan
Link Artikel/Video : PDRM umum 17 pertukaran pegawai kanan

Baca juga


PDRM umum 17 pertukaran pegawai kanan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 12 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu antaranya melibatkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan Jenayah Komersial) Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar pula bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Abd. Rahim menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan/Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman.

Asmawati berkata, Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim bertukar jawatan dengan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Sahabudin Abd. Manan. - Bernama

Sumber Kosmo