Pagi nikah, subuh dijemput Ilahi

Pagi nikah, subuh dijemput Ilahi - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pagi nikah, subuh dijemput Ilahi, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Masyarakat, Info Media Sosial, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pagi nikah, subuh dijemput Ilahi
Link Artikel/Video : Pagi nikah, subuh dijemput Ilahi

Baca juga


Pagi nikah, subuh dijemput Ilahi

(gambar kiri) Azzam dan Fatin semasa bertunang pada Jun lalu. (gambar kanan) Saat Azzam dan Fatin (Kakak) yang lumpuh, diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Jumaat. Foto Facebook Shukur Yusuf
 
PETALING JAYA: Ajal maut dan jodoh pertemuan itu sememangnya di tangan Tuhan. Itu realiti kehidupan yang dilalui pasangan pengantin baharu apabila salah seorangnya menemui Ilahi dalam tempoh kurang 24 jam selepas diijabkabul.

Selamat dinikahkan sebagai suami isteri pada pagi Jumaat, namun saat gembira itu tidak bertahan lama apabila petangnya, pengantin perempuan yang lebih mesra dipanggil ‘Kakak”  dimasukkan ke hospital kerana kanser sarcoma atau kanser tisu.

“Selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Di samping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.

“Namun Allah lebih sayangkan Kakak dan saat itu tiba juga. Kakak pergi meninggalkan kami pada Subuh (Sabtu) 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, suaminya, Mak Besah serta saya,” menurut coretan abang pengantin perempuan, Shukur Yusuf di halaman Facebooknya pada Sabtu.


Azzam dan Fatin (Kakak) selamat diijabkabulkan pada pagi Jumaat.

Menerusi tulisan menyayat hati yang tular, Shukur memberitahu adiknya yang berusia 24 tahun itu menghidap kanser pada tahap empat.

Walaupun selepas dua pembedahan dan menjalani sesi radioterapi sejak tahun lalu, namun kanser yang dihidapi pemilik nama sebenarnya Fatin Nursyahirah merebak ke kawasan lain, menunjukkan tanda-tanda adiknya tidak akan hidup lama.

“Ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini,” ujarnya.

Shukur, 30, ketika dihubungi mStar Online memberitahu, perkahwinan pada Jumaat merupakan hasrat arwah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Katanya, ia juga hasil perbincangan dan persetujuan bersama kedua-dua keluarga terutama keikhlasan Azzam yang sedia menerima Kakak sebagai suri meskipun mengetahui mengenai keadaan kesihatan adiknya.

Selepas berbincang pada malam sebelum majlis pernikahan, perunding kewangan itu berkata, keluarga pihak lelaki tetap mahu meneruskan majlis pernikahan.

“Kami terharu dan tak sangka masih ada lagi keluarga dan lelaki di dunia ini yang sudi terima orang yang sedang sakit menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

“Selepas buat majlis, kami rasa bersyukur dapat menunaikan hasrat arwah, dapat satukan kedua-dua mereka sebagai suami isteri,” katanya pada petang Sabtu.



Dalam pada itu, Shukur berkata, apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan mereka sekeluarga reda meskipun berat untuk melepaskan insan tersayang.

“Kakak seorang yang ceria dan happy go-lucky.  Tapi kalau dia ada masalah, dia akan simpan. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan orang terutama keluarga. Itulah Kakak,” ujarnya.

Shukur sekeluarga mengucapkan kesyukuran kerana permintaan terakhir adiknya untuk bergelar seorang isteri dipenuhi meskipun hanya dalam tempoh singkat.



Menerusi coretan Shukur di Facebook juga berterima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan Azzam sekeluarga kepada adiknya.

“Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Azzam dan keluarganya. Semoga Kakak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.

Sumber MS