Misteri pendarahan teruk terungkai

Misteri pendarahan teruk terungkai - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Misteri pendarahan teruk terungkai, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Misteri pendarahan teruk terungkai
Link Artikel/Video : Misteri pendarahan teruk terungkai

Baca juga


Misteri pendarahan teruk terungkai

KUALA LUMPUR: Misteri seorang remaja perempuan mengalami pendarahan teruk membongkar rahsianya yang disahkan mengandung sebaik dihantar ke Hospital Serdang, Selangor, 2 Ogos lalu.

Mangsa berusia 15 tahun itu dihantar ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dipercayai di bahagian salur peranakan, sebelum pemeriksaan mendapati remaja terbabit disahkan hamil.

Menurut sumber, remaja berkenaan dihantar ke unit kecemasan kira-kira jam 5 pagi selepas dikatakan mengalami pendarahan teruk.

Sebaik disahkan mengandung, katanya, mangsa memaklumkan kepada doktor bertugas pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki rakan sebaya dikenalinya.

"Remaja itu mendakwa melakukan hubungan seks di kawasan pembinaan terbengkalai sekitar Pulau Meranti, enam bulan lalu.

"Mangsa turut mendakwa dirogol lelaki berusia 19 tahun pada Februari atau Mac tahun lalu di sebuah apartmen di Sepang, Selangor," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, doktor bertugas yang merawat mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan remaja itu masih dirawat di hospital berkenaan bagi pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

"Seorang remaja lelaki rakan sebaya mangsa ditahan polis di sekitar Sepang pada 3 Ogos lalu.

"Suspek direman tujuh hari bermula sehingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sumber BH