Maut ditetak cuba leraikan pergaduhan

Maut ditetak cuba leraikan pergaduhan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Maut ditetak cuba leraikan pergaduhan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Maut ditetak cuba leraikan pergaduhan
Link Artikel/Video : Maut ditetak cuba leraikan pergaduhan

Baca juga


Maut ditetak cuba leraikan pergaduhan

PEKEBUN maut dikelar di leher ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada bergaduh dalam kejadian di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Batu Batu, Sungai Bulian, Semporna, semalam.

Mayat Azman Sabtullah, 44, ditemui terbaring di hadapan rumah di kawasan kebun berkenaan, kira-kira 10 malam.

Menurut sumber, mangsa bersama suspek datang ke rumah seorang lelaki di kawasan kebun kelapa sawit di kampung berkenaan.

"Sebaik tiba di sebuah rumah, suspek mengamuk dan cuba menyerang seorang lelaki yang berada di dalam rumah berkenaan, namun dihalang oleh mangsa.

"Akibat itu, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek sebelum suspek bertindak mengelar leher mangsa," katanya.

Difahamkan, selepas itu suspek dikatakan cuba masuk ke rumah dan menetak dinding rumah apabila gagal masuk, sebelum beredar.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Mangsa ditemui terbaring dan dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kesan kelar di bahagian lehernya dengan menggunakan senjata tajam.

"Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki termasuk suspek bagi membantu siasatan berkenaan kejadian itu," katanya.

Peter berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber HM