Kanak-kanak 8 tahun maut digilis lori sampah

Kanak-kanak 8 tahun maut digilis lori sampah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kanak-kanak 8 tahun maut digilis lori sampah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kanak-kanak 8 tahun maut digilis lori sampah
Link Artikel/Video : Kanak-kanak 8 tahun maut digilis lori sampah

Baca juga


Kanak-kanak 8 tahun maut digilis lori sampah

GOMBAK - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun maut selepas digilis oleh sebuah lori sampah dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Padang Balang, Sentul menghala ke Jalan Gombak di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohammad Haekal Rizal Abdullah, 8, sedang menunggang basikal miliknya seorang diri.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dirempuh oleh sebuah lori sampah yang datang dari arah bertentangan sehingga mengakibatkannya jatuh ke atas jalan raya.

"Mangsa yang menetap di Kampung Padang Balang di sini seterusnya digilis oleh lori sampah berkenaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zulkefly, siasatan masih dijalankan oleh pihak polis bagi menentukan punca sebenar kemalangan tersebut.

"Sehingga kini masih belum ada saksi yang tampil memberikan keterangan dan tiada Televisyen Litar Tertutup (CCTV) di kawasan jalan kampung yang hanya mempunyai satu lorong tersebut.

"Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujar beliau. - Bernama

Sumber Kosmo