'Chewbacca' ingatkan 'Yoda' supaya masuk mesyuarat Kabinet!

'Chewbacca' ingatkan 'Yoda' supaya masuk mesyuarat Kabinet! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Chewbacca' ingatkan 'Yoda' supaya masuk mesyuarat Kabinet!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Chewbacca' ingatkan 'Yoda' supaya masuk mesyuarat Kabinet!
Link Artikel/Video : 'Chewbacca' ingatkan 'Yoda' supaya masuk mesyuarat Kabinet!

Baca juga


'Chewbacca' ingatkan 'Yoda' supaya masuk mesyuarat Kabinet!

APABILA Yoda 'mengeluh' apabila diingatkan supaya jangan lupa masuk mesyuarat Kabinet oleh Chewbacca!

Itulah jenaka yang diselitkan menerusi akaun Instagram Menteri Pendidikan Maszlee Malik ketika lawatan kerja ke Jepun.

Para pengguna Instagram pasti tercuit hati apabila melihat gelagat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Maszlee yang memakai topeng watak-watak dalam filem Star Wars tersebut.

Dr Mahathir, Maszlee dan wakil dari Wisma Putra kini berada di Negara Matahari Terbit dalam satu lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.

Dalam entri tersebut, Maszlee yang memakai topeng watak Yoda menulis bahawa mereka sempat berseronok seketika sewaktu membuat lawatan ke sebuah fasiliti yang menyokong program lepasan sekolah, Tech Park Kids.

Di lokasi tersebut, kanak-kanak menimba ilmu melalui keseronokan menerusi beberapa aktiviti menarik seperti pembinaan robot berteknologi tinggi, hinggalah kepada pembikinan filem dan seni kraf.
Sumber AA