Bayi 3 bulan patah tangan dipercayai dipulas pengasuh

Bayi 3 bulan patah tangan dipercayai dipulas pengasuh - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Bayi 3 bulan patah tangan dipercayai dipulas pengasuh, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Bayi 3 bulan patah tangan dipercayai dipulas pengasuh
Link Artikel/Video : Bayi 3 bulan patah tangan dipercayai dipulas pengasuh

Baca juga


Bayi 3 bulan patah tangan dipercayai dipulas pengasuh

SEORANG bayi lelaki dipercayai didera pengasuh dan mengalami patah tangan di Seri Iskandar. - Foto PDRM

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah tangan kanan dipercayai didera pengasuh wanita di Seksyen Dua, Seri Iskandar, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superitendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, Muhammad Zaheen Affan Mohamad Zulkarnain kini dirawat di Hospital Seri Manjung.


Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada bapa mangsa kira-kira 11 pagi semalam sebelum menahan pengasuh yang berumur 42 tahun pada 4 petang hari sama.

"Sewaktu bapa mangsa mengambil anaknya di rumah pengasuh, beliau bertanyakan keadaan tangan anaknya, namun dimaklumkan suami pengasuh itu bahawa tangan bayi itu terseliuh. Bapa mangsa kemudian membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital Seri Manjung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya pemeriksaan hospital mendapati terdapat kesan dipulas sehingga menyebabkan tangan bayi tersebut patah.

Mohamad Zainal berkata, wanita itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Sementara itu, ibu bayi tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Akma, 28, berkata, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh kira-kira 9 pagi dan mengambilnya hampir dua jam kemudian apabila pengasuh tersebut menghubungi suaminya memberitahu bayi itu tidak berhenti menangis.

"Hati ibu mana tidak luluh melihat anak dalam keadaan begitu. Jika saya memegang tangan kanannya, dia terus menangis dengan lebih kuat," katanya ketika ditemui di Hospital Seri Manjung di Lumut.

Beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan sisatan secara terperinci bagi mengelak kejadian sama berlaku pada bayi lain.

Sumber - K! ONLINE