'Sampai pembunuh ibu dapat hukuman setimpal'

'Sampai pembunuh ibu dapat hukuman setimpal' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Sampai pembunuh ibu dapat hukuman setimpal', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Sampai pembunuh ibu dapat hukuman setimpal'
Link Artikel/Video : 'Sampai pembunuh ibu dapat hukuman setimpal'

Baca juga


'Sampai pembunuh ibu dapat hukuman setimpal'

ANAK kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Rantau Panjang, Anisah Ali yang maut dirempuh tonto, dua tahun lalu, tidak akan berdiam diri sehingga individu menyebabkan kematian arwah dibawa ke muka pengadilan.

Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, nekad untuk terus menuntut bela dan tidak akan berputus asa dalam memperjuangkan nasib arwah ibunya, walaupun pelbagai cabaran perlu ditempuhi.

Pada masa sama, anak bongsu daripada dua beradik itu berharap JKDM memberi kerjasama penuh bagi mempermudahkan urusannya.

“Sejak saya mendedahkan kisah yang menimpa arwah ibu, beberapa bulan lalu, kes ini seperti senyap kembali.

“Saya juga sudah merujuk kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan mereka sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Saya berharap isu yang menimpa arwah ibu mendapat perhatian semua pihak dan tidak dibiarkan begitu saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy, mengesahkan akan mengadakan perjumpaan dengan SUHAKAM, bagi membincangkan mengenai kes Anisah yang terbunuh dalam operasi mencegah penyeludupan, pada 7 Oktober 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pula menyifatkan siasatan kes pembunuhan Allahyarham Anisah tidak pernah dihentikan, ditutup atau ‘disenyapkan’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Afiq Luqman berkata, dia juga akan memastikan kes ibunya di bawa ke Parlimen dan besar harapannya jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menegakkan keadilan untuk Anisah.

“Saya satu-satunya anak lelaki dan apa yang menimpa ibu saya akan saya perjuangkan sehingga mereka yang bersalah menerima hukuman setimpal,” katanya.

Sumber HM