Remaja dirogol bergilir-gilir di belakang tong sampah

Remaja dirogol bergilir-gilir di belakang tong sampah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Remaja dirogol bergilir-gilir di belakang tong sampah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Remaja dirogol bergilir-gilir di belakang tong sampah
Link Artikel/Video : Remaja dirogol bergilir-gilir di belakang tong sampah

Baca juga


Remaja dirogol bergilir-gilir di belakang tong sampah


Seramai lima remaja lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah flat di Puchong Permai, Subang, dibelasah ahli keluarga mangsa dan orang ramai, Ahad lalu, lapor Harian Metro.

Difahamkan dalam kejadian jam 10 malam itu, lima remaja terbabit yang berusia 16 hingga 18 tahun diserang oleh ahli keluarga mangsa yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka yang didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ahli keluarga suspek yang dimaklumkan mengenai kejadian itu Isnin lalu.

"Difahamkan pada Sabtu lalu, remaja perempuan itu dirogol secara bergilir-gilir di belakang tong sampah di tingkat bawah blok flat berkenaan oleh kelima-lima suspek terbabit.

"Orang ramai termasuk ahli keluarga mangsa yang menahan lima suspek berkenaan pada Ahad lalu membelasah mereka sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Kesemua suspek berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis USJ8 untuk tindakan lanjut," katanya.

Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol serta merusuh.

Kelima-lima suspek yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan. Kesemua mereka kini masih dalam tahanan reman bagi siasatan lanjut.

Kredit TR