Maut terjerut tali buaian anak

Maut terjerut tali buaian anak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Maut terjerut tali buaian anak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Maut terjerut tali buaian anak
Link Artikel/Video : Maut terjerut tali buaian anak

Baca juga


Maut terjerut tali buaian anak

MIRI: Luluh hati seorang adik apabila menemui abang iparnya dalam keadaan tidak sedar, dengan tali buaian terjerut pada lehernya di rumah mereka di Pujut, di sini semalam.

Sumber memberitahu NSTP, mangsa yang berusia 40 tahun ditemui tidak bernyawa kira-kira jam 11.30 pagi oleh adik iparnya itu sebelum menghubungi Balai Polis Miri memaklumkan kejadian berkenaan.

"Sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu. Malah, pasukan perubatan turut dikerahkan ke lokasi bagi menyalurkan bantuan.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan sudah meninggal dunia. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan ataupun senjata berhampiran lelaki terbabit," katanya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun, selain adik ipar lelakinya berusia 22 tahun.

Bagaimanapun, sumber menjelaskan ketika kejadian, isteri lelaki terbabit pulang ke kampungnya di Bekenu bersama anak perempuan mereka untuk mengutip sawit.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, Deputi Superintendan Aldrin Junaidi Kutoi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber BH