Gadis 15 tahun dirogol abang sendiri dipenjara kerana gugur kandungan

Gadis 15 tahun dirogol abang sendiri dipenjara kerana gugur kandungan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Gadis 15 tahun dirogol abang sendiri dipenjara kerana gugur kandungan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Gadis 15 tahun dirogol abang sendiri dipenjara kerana gugur kandungan
Link Artikel/Video : Gadis 15 tahun dirogol abang sendiri dipenjara kerana gugur kandungan

Baca juga


Gadis 15 tahun dirogol abang sendiri dipenjara kerana gugur kandungan

JAKARTA: Seorang remaja perempuan warga Indonesia yang dirogol abangnya dihukum penjara enam bulan kerana mengugurkan kandungan, kata polis pada Ahad.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun dan abangnya berumur 18 tahun, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Daerah Muara Bulian di Batanghari di wilayah Jambi di Sumatera pada Khamis lalu.

Timbalan ketua polis tempatan, Singgih Hermawan berkata, abangnya menerima hukuman selama dua tahun kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Pengguguran adalah dilarang di Indonesia, tetapi dibenarkan atas kes rogol, terutama sekiranya kehidupan mangsa berdepan dengan risiko.

Bagaimanapun, proses pengguguran itu seharusnya dilakukan dalam tempoh satu setengah bulan kehamilan dan dilakukan oleh pakar.

Menurut pihak mahkamah, remaja berkenaan melakukan pengguguran pada usia kehamilannya enam bulan.

Ibunya turut berdepan dengan pertuduhan kerana bersubahat melakukan pengguguran itu.

Ibu remaja itu membantu anak perempuannya untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang dimalukan oleh jiran-jiran.

Menerusi satu pendedahan di mahkamah, gadis itu telah dirogol sebanyak lapan kali sejak September lalu.

Pada Mei lalu, penduduk kampung menjumpai janin tanpa kepala dekat ladang kelapa sawit.

Polis kemudian melakukan penahanan pada Jun lalu. - AP

Sumber MSTAR