Datang jauh-jauh, ini kerja kau?

Datang jauh-jauh, ini kerja kau? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Datang jauh-jauh, ini kerja kau?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Datang jauh-jauh, ini kerja kau?
Link Artikel/Video : Datang jauh-jauh, ini kerja kau?

Baca juga


Datang jauh-jauh, ini kerja kau?

BERHIJRAH sejauh lebih 3,800 kilometer dari Dhaka, Bangladesh, ke Kuala Lumpur dengan matlamat menjalankan perniagaan sebagai ‘tauke’ barangan cetak rompak.

Itu antara aktiviti dijalankan ratusan peniaga warga asing ‘Mat Bangla’ yang semakin mendominasi kegiatan membekal pakaian, kasut dan beg jenama terkemuka cetak rompak.

Walaupun berulang kali diserbu dan diambil tindakan pihak Jabatan Imigresen dan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP), namun usaha itu seolah-olah gagal membendung kegiatan itu.

Terbaru kelmarin, pihak KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan serbuan bagi menangani isu penjualan produk tiruan oleh peniaga warga asing di segi tiga emas.

Dalam serbuan 12.30 tengah hari itu, pihak KPDNHEP menyerbu premis perniagaan sekitar Kompleks Kenanga Wholesale City bersama wakil cap dagang sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP, Low Swee Hon berkata, ketika serbuan dilakukan, rata-rata peniaga warga asing ini sempat melarikan diri dengan meninggalkan barang jualan di dalam premis.

“Kami percaya mereka menggunakan khidmat tonto bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa seperti dilakukan sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, pihak kami merampas 31 unit beg galas, 20 kemeja T dan 43 pasang kasut jenama Chanel cetak rompak bernilai lebih RM3,000 dari beberapa premis diserbu,” katanya.

Tindakan sama turut diambil terhadap peniaga warga asing yang dikesan berniaga di Plaza GM dan Lorong Haji Taib, Chow Kit, 11 pagi kelmarin.

Difahamkan, serbuan dilakukan di lokasi yang menjadi pusat pemborong di kalangan warga asing membekalkan produk cetak rompak kepada peniaga tempatan.

“Hasil serbuan itu, KPDNHEP merampas 47 unit beg tangan dan dompet jenama Louis Vuitton dan 389 jam tangan jenama Calvin Klein bernilai hampir RM6,000.

“Pemilik dan pekerja premis menjual barangan tiruan itu turut ditahan untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Difahamkan, kebanyakan peniaga warga asing ini masih meneruskan aktiviti berikutan keuntungan tinggi diperoleh hasil dari penjualan produk tiruan berkenaan yang diseludup masuk ke negara ini.

Sebagai contoh, kemeja T berjenama terkenal cetak rompak yang dijual di sini, pada harga RM30 hingga RM50 sehelai hanya menelan belanja sekitar RM5 sehelai di negara asal.

Sumber HM