'Saya pun nak hidup'

'Saya pun nak hidup' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Saya pun nak hidup', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Saya pun nak hidup'
Link Artikel/Video : 'Saya pun nak hidup'

Baca juga


'Saya pun nak hidup'


Kuala Lumpur: Bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad menegaskan tidak kisah dengan hukuman yang akan dijatuhkan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) susulan tindakannya menyertai Kejohanan China Sport Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai, baru-baru ini.

Sambil menyifatkan kecewa dengan cara MBBF melayannya, Mr Universe 10 kali itu turut mengakui dia tidak akan ‘menurut perintah’ lagi, sebaliknya akan meneruskan aktiviti bina badan termasuk bertanding dalam kejohanan jemputan.

“Kalau MBBF tambah tempoh penggantungan saya sekalipun, saya sudah tak peduli. Saya akan teruskan aktiviti saya.

“Saya pun nak hidup, nak sara anak bini dengan karier sebagai ahli bina badan, macam itulah saya menyara kehidupan,” kata Sazali, 51, ketika ditemui di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, semalam.


Sazali hadir bersama isteri, Hashrine Hashim yang juga pengurusnya bagi memberikan penjelasan susulan kontroversi penyertaannya di Shanghai meskipun masih dalam tempoh penggantungan empat tahun selepas didapati gagal ujian doping pada 1 September 2015.

Tindakannya itu melanggar peraturan sekali gus memungkinkannya dikenakan penggantungan tambahan.

Mengulas lanjut, Sazali berkata dia sudah memberi penjelasan kepada MBBF dengan menegaskan penyertaannya dalam kejohanan berkenaan atas pembiayaan sendiri, secara individu dan tidak mewakili mana-mana persatuan, selain mendapat jemputan ke sana.

“Walaupun salah sekalipun, tapi itu kata pihak mereka (MBBF), tetapi saya ikutkan kata hati, saya kata nak pergi, maka saya pergi. Kita tengok apa saja keputusan nanti.

“Kalau ikutkan memang mereka mengatakan saya tidak boleh pergi kerana ia tertera dalam peraturan. Tapi saya tahu apa sebab saya boleh pergi, salah laku daripada pihak mereka pun ada. Jadi, mereka kena ada budi bicara dengan saya.

“Saya tak tahu kena tindakan atau penambahan lagi, tapi itu terpulang kerana mereka yang membuat keputusan,” kata Sazali yang memaklumkan lebih banyak kejohanan besar akan disertainya selepas Aidilfitri.

Sementara itu, Sazali memberi gambaran dia sudah tawar hati dan tidak mahu lagi bertanding atas nama Malaysia sekiranya dipanggil semula selepas tempoh penggantungannya tamat, tahun depan.

“Saya akan fikirkan dulu sebab saya sudah tawar hati, tengok dulu macam mana,” kata Sazali.

Sumber HM