Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib sebab tegur 1MDB - Khaled akhirnya buka mulut!

Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib sebab tegur 1MDB - Khaled akhirnya buka mulut! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib sebab tegur 1MDB - Khaled akhirnya buka mulut!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib sebab tegur 1MDB - Khaled akhirnya buka mulut!
Link Artikel/Video : Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib sebab tegur 1MDB - Khaled akhirnya buka mulut!

Baca juga


Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib sebab tegur 1MDB - Khaled akhirnya buka mulut!


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran 'orang-orang' dan 'budak-budak' Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden Umno berkata ‘orang-orang’ itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

“Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan presiden bahawa Umno ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

“Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur presiden. Mendukung saja beliau,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sikap itu (terlalu mengutamakan Presiden dan bukannya kepentingan parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila ‘terjerumus’ (kalah) teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.

“Tambahan pula, presiden menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli. Wala’ lah. Bai’ah lah. Dipergunakan segala macam konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya.

“Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana-mana pemimpin kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan kebenaran,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata pendekatan pihaknya dalam memilih untuk menghina negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi antara faktor tumbangnya Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, mereka mengambil jalan mudah dengan menyerang, mencaci, mengungkit dan mempersendakan keturunan Tun Dr Mahathir tetapi lupa akan hakikat bahawa Tun Dr Mahathir pernah berbakti pada bangsa.

“Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi semakin marah kepada kita.

Kerana sikap keras dan sombong kita jugalah, akhirnya Tun Dr Mahathir mendapat ruang dan peluang untuk kembali kepada rakyat dan diberikan sanjungan serta kepercayaan untuk mengemudi semula Malaysia.

Kita akui kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan beliau secara matang dan strategik,” katanya.

Beliau berkata Umno juga gagal berpegang kepada nilai untuk berbakti kepada bangsa dan sering mengungkit bahawa orang Melayu harus berterima kasih kepada UMNO atas segala kebaikan dilakukan.

"Kita jadikan Umno jalan untuk mencari pengaruh, nama dan kekayaan, bukan menjadikan Umno ini gerakan amal dan bakti untuk bangsa Melayu,” katanya.

Mohamed Khaled berkata sehubungan itu, semua anggota perlu bertanggungjawab dalam membangunkan semula Umno walaupun bakal memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

"Namun, inilah takdir kita. Kita ditakdirkan untuk menempuh dan memikul tugas ini. Kita ditakdirkan untuk memulihkan Umno. Mungkin sebagai kifarah atas kesalahan kita kerana cuai dalam amanah pada bangsa.

“Lalu sekarang, kita harus memilih. Mahu meneruskan Umno ini. Atau membiarkan ia luput dari persada politik Malaysia. Sesiapa yang memilih untuk meninggalkan Umno, kita menghormati keputusan itu,” tegasnya.

- Bernama
Sumber MK