Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Ini 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Ini 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Ini 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Info, Info Others, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Ini 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu
Link Artikel/Video : Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Ini 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga


Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Ini 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu


KUALA LUMPUR: Hermes merupakan jenama fesyen terkemuka yang berasal dari Paris, Perancis dan ditubuhkan pada tahun 1837.

Diasaskan oleh Thierry Hermes, jenama ini popular dengan rangkaian produk 'high-fashion' seperti barangan kulit berkualiti dan eksklusif, skaf sutera, tali leher serta banyak lagi.

Herm├Ęs juga terkenal beg tangan eksklusif yang menjadi kegilaan ramai wanita serta pencinta fesyen seluruh dunia iaitu Hermes Birkin.

Gempak senaraikan lima perkara menarik mengenai tas tangan Hermes Birkin:

Dinamakan sempena pelakon & penyanyi Jane Birkin

Sekitar tahun 1983, Jane Birkin, penyanyi dan pelakon asal Britain yang berpangkalan di Perancis duduk di sebelah Ketua Eksekutif Hermes, Jean-Louis Dumas dalam sebuah penerbangan dari Paris menuju ke London. Bermula dari pertemuan itu, idea untuk menghasilkan tas tangan Birkin tercetus.
 
Dilukis atas beg muntah
Jean-Louis Dumas mendapat inspirasi dan melakar reka bentuk asli tas tangan Birkin di atas beg muntah kapal terbang terbabit.

Dibuat dengan tangan
Setiap beg tangan Birkin dibuat dengan tangan. Hanya ada seorang pembuat beg yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan tas tangan Birkin. Ia memakan masa 48 jam untuk disiapkan.
 
Paling mahal - RM1.115 juta
'The rare Himalayan crocodile Birkin' dengan perincian emas putih 18 karat berkualiti tinggi dan dihiasi 245 butir berlian mencipta rekod sebagai beg tangan paling mahal di dunia. Ia dibeli dengan harga £208,175 bersamaan RM1.115 juta di sebuah acara lelongan di Hong Kong pada Mei 2017. Wow, umpama menjinjit sebuah rumah banglo di tangan!

Pelaburan yang lebih bagus dari saham atau emas
Menurut laporan portal berita Independent UK pada Mac 2017, sebuah kajian telah dilakukan dan ia mendapati beg tangan Birkin menjadi salah satu pelaburan yang lebih baik daripada stok saham atau emas.
 
Berikutan permintaan yang kukuh, tas tangan Birkin mempunyai nilai jualan semula yang tinggi di banyak negara, terutamanya di Asia dan boleh menjadi salah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik.

Teks: Kamaruddin Razal
Sumber: The Telegraph, Independent UK, Elle, Wanista, Meramuda & Wikipedia.
Kredit AWANI