'Bila cuba nak minta beg, dia meraung macam kena histeria' - Guru terkejut budak tadika layan video lucah dalam beg


Baru-baru ini The Reporter telah menyiarkan status seorang wanita yang terkejut melihat lukisan pelajar sekolah rendah yang berbaur lucah. Hal ini terjadi apabila anak-anak kecil terlalu didedahkan dengan gajet tanpa pemantauan oleh ibu bapa. Bukan itu sahaja, sikap ibu bapa itu sendiri tidak memainkan peranan di dalam mendidik anak-anak menyebabkan faktor ini berlaku. 

Kali ini, satu perkongsian yang mengejutkan pula dari Sri A'jilah Mohd Samsir mengenai isu yang berkaitan. Beliau menceritakan seorang pelajar perempuan yang berumur 6 tahun secara tiba-tiba berubah perwatakan.

Apabila diselidiki, dia banyak menghabiskan masanya dengan gajet daripada bermain dengan kawan-kawan sekolah. Apa yang mengejutkan, pelajar tersebut menonton video pornografi! Paling memalukan, apabila disoal, si ayah pernah melakukan sesuatu kepada kanak-kanak ini. Si ibu? Hanya bersikap sambil lewa. 

BERDEGUP kencang jantung ni dibuatnya. Apa taknya, kalau melibatkan budak bawah umur 7 tahun,  memang rasa kesian. Rasa nak marah. Mereka ini kecil lagi, tak tahu apa-apa, naif dan kebanyakannya memang ikut saja apa yang dia nampak, ikut saja apa yang orang sekeliling dia buat. 

Kisah kali ini melibatkan budak perempuan umur 6 tahun. Ye, budak sekolah tadika. Budak ini menunjukkan sikap yang sangat berbeza dari mula-mula dia mendaftar dulu. Budaknya peramah sangat, rajin menolong cikgu dan pandai bergaul dengan kawan-kawan. 

Tetapi,  seminggu dua ini dia nampak lain. Lebih banyak buat hal sendiri dan tak nak bercakap sangat. Dia lebih suka duduk seorang-seorang sambil bawa beg ke hulur ke hilir. Pelik! Bila suruh tinggalkan beg,  dia akan menangis meraung-raung. 

Seorang guru cuba untuk tanya apa yang berlaku. Dia peluk beg dia kuat-kuat.  Bila cikgu cuba nak minta beg dia,  dia meraung macam kena histeria,  macam kena pukul. 

Waktu rehat, budak ni dah jarang makan. Makan sikit saja dan selepas itu dia terus buka beg. Mata dia tak bergerak-gerak dan dia boleh habiskan waktu rehat tu dengan hanya merenung isi dalam beg. 
Sampailah satu hari, seorang guru ternampak dia buka zip beg sekolah. Tahu tak apa yang dia bawa? Handphone! Dan dia siap tengok cerita dari handphone tu. Yang menyedihkan,  cerita tu bukan cerita kartun Didi and Friends,  Boboiboy,  atau pun Upin Ipin tetapi video pornografi! Berderau sungguh. 

Budak ini tak perasaan yang tindak tanduk dia sedang diperhatikan. Dia khusyuk tengok adegan dalam handphone tu sambil tangannya dimasukkan ke dalam kain.  

Cikgu syak yang budak ni dah ketagih (berdasarkan beberapa soalan yang ditanya). Ketagih menonton aksi pornografi seawal usia 6 tahun! 

Budak ini kata, dia pernah tengok video ini di rumah dengan ayah. "Ayah masukkan tangan dalam kain sambil pegang sini (tunjuk ke arah kemaluan). Si ayah yang sepatutnya jadi tempat untuk anak berlindung, sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Entah apa lagi yang dibuatnya pada si anak. 

Ibu bapa dia diminta datang untuk bincangkan masalah ni.  Tapi, hanya si ibu yang muncul. Datang dengan muka mencuka.

"Puan, kami jumpa handphone ni dalam beg anak puan dan ini bukan kali pertama dia bawa. Maaf ye puan,  kami ambil handphone ini dari anak puan sebab kami nampak dia tengok video lucah dalam ini. Ada lebih kurang 10 video semuanya.  Anak puan beritahu,  dia pernah tengok video ini dengan ayah dia."

Pihak tadika cuba jelaskan pada si ibu.  Si ibu pula dengan selamber je beritahu yang handphone itu memang milik si ayah dan dia juga tahu dalam handphone itu ada video lucah yang disimpan oleh si ayah. 

"Boleh tak pulangkan handphone itu kepada saya? Ingatkan handphone ini hilang.  Takpelah,  pasal anak saya tu,  nanti saya cakap dengan dia. Budak kecil kan,  bukan tahu apa-apa,  bukan faham pun. Takkanlah ayah dia ajak dia tengok video ni."

Mudahnya lahai jawapan si ibu. Ketagih menonton video lucah seawal 6 tahun bukan perkara remeh tau! Memanglah budak tak tahu apa-apa, tapi budak zaman sekarang ini otak dia bijak. Kadang-kadang,  kita rasa dia tak faham tetapi sebenarnya dia simpan semua itu dalam otak dia. 

Ibu ayah, tolonglah jangan ambil mudah. Kita perlu ajar anak-anak tentang 'private parts'  tapi bukan melalui video seperti ini. Kaum ibu terutamanya, kita ada tugas besar yang perlu kita buat. Selalu bertanya, selalu bercakap, selalu ambil tahu, apa yang anak-anak kita buat, apa yang anak-anak kita tengok. Cuba jadikan anak kita rasa selesa untuk bercerita apa pun dengan kita. Ambil berat setiap apa yang anak-anak beritahu. 

Paling penting, mesti ajar anak kita bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh siapa pun. Jom jadi ibu bapa yang melindungi,  bukan yang merosakkan.

Gaji minimum RM1500 bukan janji 100 hari PH - Mahfuz

Bayi maut terjerut tali bidai tingkap


Seorang bayi lelaki dilaporkan maut akibat terjerut tali bidai tingkap di keluarganya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, semalam, lapor Harian Metro

Mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri, berusia 20 bulan disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin, pada jam 6.50 petang. 

Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan sedang bermain dengan kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa. 
Mangsa yang sedang bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bilai. 

Sebaik saja selesai mengerjakan solat, Noryasmin terkejut apabila mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan terus memaklumkan kejadian yang menimpa bayinya itu kepada suaminya, Zul Azri Hashim, 39. 


Setelah mendapat panggilan kecemasan itu, Zul Azri segera pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Jenazah mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber TR

'Rasakan ciuman maut terakhir', pesakit HIV ludah jururawat

ALABAMA: “Rasakan ciuman maut terakhir aku!”.

Itu lah kata-kata seorang pesakit positif HIV, sambil meludah kepada jururawat bertugas di sebuah Hospital di Alabama, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Insiden berlaku ketika pesakit, Montel Dewaun Minor tiba-tiba menjadi agresif dan terpaksa ‘diikat’ untuk diberi rawatan.

Laporan polis Nortport pula tidak menyatakan sebab Minor berada di hospital itu.

Namun pesakit yang berusia 28 tahun ini berjaya bangun dan meludah ke arah jururawat dan kemudian air liurnya berlumuran di muka, hidung dan mulut jururawat itu.

Walaupun penyakit HIV tidak boleh berjangkit melalui air liur, jururawat itu tetap menjalani prosedur dekontaminasi.

Jururawat itu telah disahkan negatif dalam ujian virus tersebut, namun perlu diuji semula dalam tempoh enam bulan.

Sumber AA

Padah percaya rakan, isteri dirogol 40 lelaki selama empat hari

Seorang wanita berusia 22 tahun dari Chandigarh mendakwa dinoda 40 lelaki selama empat hari, kata pihak berkuasa.

Dalam satu aduan kepada polis semalam, mangsa yang sudah pun berkahwin mengatakan dia dikurung selama empat hari di sebuah rumah tetamu di Haryana, utara India.

Suami mangsa memberitahu, isterinya dijanjikan pekerjaan sebagai tukang cuci di rumah tetamu berkenaan oleh kenalan mereka.

Menurutnya lagi, isterinya diberi dadah, dinoda ramai lelaki secara bergilir-gilir serta diugut bunuh sekiranya menceritakan insiden tersebut kepada sesiapa.

"Setiap hari, kira-kira 10 lelaki berbeza akan menodainya, ia berterusan selama empat hari dari 15 Julai hingga 18 Julai lalu.

"Dia akhirnya berjaya menghubungi saya dan menceritakan apa yang terjadi, saya kemudian bercakap dengan pengurus rumah tetamu tersebut dan mengugut akan menghubungi polis jika isteri saya terus diapa-apakan," ujar suami mangsa.

Isterinya dilaporkan pulang ke rumah tidak lama selepas itu dan mereka kemudian membuat laporan polis.

Sehubungan itu, seorang pemilik rumah tetamu dan pengurusnya kini ditahan.

Sementara itu, pegawai polis kanan, Rajender Kumar Meena berkata, tiga anggota polis bawahan digantung tugas kerana lalai dan gagal memaklumkan kepada pegawai kanan mengenai insiden berkenaan.

Polis Haryana turut menjalankan siasatan terhadap penghuni lain di rumah tetamu itu, bagi memastikan tiada sebarang aktiviti haram berlaku.

Keganasan seks berleluasa di India yang merekodkan 110,333 laporan kes di seluruh negara itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2016. - AFP/NDTV

Sumber Awani

'Kedai tu dah bertahun tak buka, kau biar betul?!'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca. 

AKU ada pengalaman seram yang nak kongsi dengan korang. Mungkin bagi orang lain pengalaman aku ini tidak begitu menyeramkan, tetapi bagi aku ia agak misteri. 

Kejadian berlaku pada tahun 2009 dah lama dan ceritanya begini: 

Aku dengan adik aku nak pergi makan dan ternampak sebuah restoran ini (Adek Manja sebelum ditukar kepada Marina Seafood pada 2015 dan kini tidak diketahui sama ada masih wujud atau tidak) yang kelihatan suram, hanya ada beberapa orang sahaja pelanggannya. Masa itu, diorang nampak pelik semacam dan adik aku juga mengiakan perkara itu. 

Lokasi: Jalan Kuantan Gambang, sebelum Taman Sriku

Kami pun singgah dan pelayan datang mengambil pesanan. Kitorang pesan air dan makanan bagai. Kebetulan di restoran itu ada karaoke, kena pula adik aku memang kaki karok, jadi dia pun layanlah 4 ke 5 buah lagu. 

Sambil-sambil itu aku pun menjamah makanan yang dipesan. Dalam masa yang sama ada tiga atau empat orang pelanggan yang merakam video adik aku menyanyi. Nak kata adik aku menyanyi sedap, suara ala kadar saja. Muka cun, tak pun. Aku pun anggaplah diorang itu jakun, tak pernah tengok orang. 

Selepas adik aku habis bernyanyi, dia pun makan. Dah siap makan apa semua, kami pun balik. 

Malam itu, selepas balik dari restoran itu, aku pun bersembanglah dengan adik aku tentang keanehan pelanggan-pelanggan di restoran itu tadi. Selain daripada makanan yang tidak sedap, air tawar, servis lambat, sekali adik aku berkata: 

"Akak, ko tak terfikir ke entah-entah pelanggan itu semuanya tak wujud? Kedai itu pun macam 'sesuatu' je," katanya. 
Jadi, selepas beberapa bulan kemudian, aku cerita pengalaman aku itu kepada kawan aku, yang kami beradik makan di restoran tersebut. Dengan pantas kawan aku kata, 

"Kedai itu mana pernah buka?! Dah bertahun-tahun dah! Kau biar betul?!" 

Aku bagai tak percaya apa yang dia cakap pada aku. Kami pun macam bertekak seketika. Akhirnya dia suruh aku cari di internet tentang restoran itu. Selepas itu aku bertambah terkejut apabila membaca kisah restoran itu! 

Jadi, pada malam kejadian itu, apa yang aku dengan adik aku makan dan minum? Siap karaoke lagi?? Semua ini tinggal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. 

Rupa-rupanya restoran itu memang angker. Aku saja yang tak tahu sebab aku tak duduk di situ, sedangkan ramai saudara mara yang tinggal berhampiran. 

Aku memang kaki makan, tak kira kedai itu nampak macam mana pun aku mesti nak pergi cuba. Sekali tercuba pula kedai yang seram. Alhamdulillah tak ada apa-apa. 

Kedai itu pun dah ada pemilik baru dan dibuka untuk beroperasi. Aku masih pergi lagi makan di kedai ini selepas kejadian enam tahun yang lalu itu. Terbayang-bayang juga masa aku makan entam tahun yang lalu. 

Selepas beberapa bulan itu, aku pergi tengok, memang sah ditutup. Kawan aku cerita dan bawa aku pergi. Aku tak tahu nak kata apa masa itu, keluh lidah. Orangorang di situ kata, aku bukan mangsa yang pertama terkena gangguan itu. Sudah ramai yang menjadi mangsa termasuklah orang-orang luar. 

Di depan restoran ini juga ada sebuah rumah banglo lama yang pernah berlaku kes bunuh. Usia banglo ini juga sudah lama. Kerap berlaku kemalangan di depannya. Seram kan? 

Menurut penduduk taman di belakang kedai ini, kedai ini sememangnya sudah lama terbiar. Budak-budak dari Lepar, Chini, diorang kata kalau diorang lalu pada waktu malam nak masuk lepak di Kuantan, mesti nampak kedai ini terang. Esok siang nak pergi kerja, kedai ini nampak usang dengan daun-daun bersepah dan bersawang. 

Aku selalu balik Kuantan ni pergi rumah. Mak aku tak pernah pula nak tanya pasal kedai ini sampailah aku tergerak hati nak merasa masakan di kedai ini pada malam kejadian. 

Selepas itu aku rajinlah bertanya dengan kawan-kawan tentang kedai ini. Menurut orang-orang tua yang mengenali pemilik asalnya berkata, kedai dia mula-mula dulu laris, selepas itu orang dengki dan bermulalah kisah syirik orang letak barang, tabur dan tanam barang bagai. 

Sumber: Felycya / TR

Murthy mahu ikut jejak Mahathir